“Kalau IDE kata Sokongan UMNO 37 Peratus Institut Saya Kata 55 Peratus” – Mohamad

 

SEMENYIH, 14 Feb – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan sekali lagi memperlihatkan kebolehannya menjawab soalan media secara bersahaja apabila mengatakan institut  Mohamad Hasan turut ada kajian tersendiri dengan jangkaan  55 peratus sokongan memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihah Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Terdahulu sebelum itu, wartawan mengajukan persoalan mengenai kajian Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati gabungan parti kerajaan (PH) hanya akan mendapat 46 peratus sokongan  manakala UMNO pula 37 peratus  dalam pilihan raya kecil akan datang.

“Saya punya institut  pula kata sokongan terhadap kita  55  peratus. Saya cakap saya bukannya  tidak percaya… saya kata institut Mohamad Hasan sebut  55 peratus. Kita jangan rasa kecil …yang penting kita mesti bekerja kuat  untuk meyakinkan pengundi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu beliau mengumumkan Zakaria Hanafi sebagai calon yang diketengahkan BN pada PRK DUN Semenyih 2 Mac ini.

Pada sidang media yang sama Mohamad turut menyatakan menang atau atau kalah dalam PRK sememangnya tidak akan menumbangkan kerajaan namun ianya akan member kesan yang cukup besar kepada politik.

“Kalah dan menang ia tidak akan mendatangkan apa-apa impak kepada pentadbiran kerajaan tetapi kesannya  kepada politik  cukup besar. Ini yang perlu kita jelaskan. Jadi saya minta pengundi di Semenyih ini  mengambil peluang ini untuk menyatakan di dalam referendum rakyat betapa kita tidak berpuas hati terhadap prestasi kerajaan PH yang tidak menunaikan janji malah mengadakan dasar-dasar yang tidak kena padatempatnya.

“Banyak lagi perkara yang lebih penting yang perlu mendapat perhatian kerajaan tetapi tidak diberikan perhatian tetapi  memberikan perhatian kepada perkara yang remeh temeh  menukar kasut daripada putih kepada hitam . Mesti ada dasar pelajaran …mesti ada dasar ekonomi negara  dan  rakyat hidup susah, pekebun kecil pendapatan mereka kurang 50 peratus daripada sebelum ini pada PRU yang lalu.

“Bagi kita kalau boleh menang di sini insya Allah, kita boleh menunjukkan bahawa rakyat telah menterjemahkan perasaan yang mana sebelum ini di Cameron Highlands dan kali ini di Semenyih. Ini kita perlu bersama-sama menterjemahkan perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan PH.,” tambahnya.- MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.