Patutlah Sering Silap Titik Perpuluhan, Rupanya Menteri Kewangan Hanya Pemegang Lesen ‘L’ Akauntan


KEPALA BATAS, 12 Feb. – Penganalisa Politik, Azizi Safar membidas ugutan saman oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng terhadap media pro-Barisan Nasional (BN) yang mempersoalkan kelayakan akademiknya.

Soal beliau, di manakah hak kebebasan bersuara yang selama ini dicanang oleh Pakatan Harapan (PH).

“Adakah rakyat kini tidak boleh bertanya bagi mendapatkan kebenaran? Maklumlah… isu sijil pelajaran kini adalah isu hangat memandangkan ramai pemimpin PH yang telah ‘kantoi’ menipu mengenai kelulusan akademik mereka.

“Guan Eng sebagai contohnya… rakyat bukan mempertikaikan kelulusan dia (Bachelor of Economics) daripada Monash University di Australia tapi kelayakan sebagai akauntan bertauliah, itu yang menjadi tanda tanya.

“Guan Eng pernah kerja bank sebagai pegawai rendah selama tiga tahun selepas graduan… kemudian dia terlibat sepenuh masa dalam politik, jadi bila masa dia praktik sebagai akauntan? Habis belajar tahun 1983… terima ijazah 1984… kerja bank 1984 sehingga 1986… mula jadi Ahli Parlimen dan sepenuh masa dalam politik tahun 1986,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Azizi, seharusnya Guan Eng menjelaskan kebenaran dan bukannya masih dengan perangai lama mengugut untuk saman semua orang yang mengkritik dirinya.

Provisional Member Persatuan Akauntan Australia itu macam lesen ‘L’ belajar memandu saja…, semua graduan perakaunan boleh jadi Provisional Member… mereka ada enam tahun untuk duduki semua peperiksaan sebelum jadi akauntan yang diiktiraf.

“Ternyata Guan Eng tidak pernah memenuhi syarat-syarat itu, sebab itu jugalah nama dia tiada dalam daftar Persatuan Akauntan Australia (CPA Australia) mahupun Malaysia Institute of Accountants (MIA).

“Graduan perakaunan tidak boleh jadi akauntan selagi tidak lulus semua peperiksaan kelayakan profesional seperti juga lulusan undang-undang yang perlu lulus peperiksaan dan diterima masuk oleh ‘bar’ sebelum boleh praktik sebagai peguam,” ujar beliau.

Justeru jelas beliau lagi, tidak hairanlah sekiranya selama ini Guan Eng seringkali tersilap titik perpuluhan kerana dia hanya pemegang lesen ‘L’ dalam bidang akauntan.

Semalam, Guan Eng melalui setiausaha politiknya, Tony Pua memaklumkan akan mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah terhadap sesiapa termasuk pihak media dan ahli politik, jika terus mempersoalkan kelayakan akademiknya.

Terdahulu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan nilai integriti seorang pemimpin nasional dengan mempertikaikan maklumat yang disiarkan di dalam laman web peribadi Menteri Kewangan limguaneng.com, Lim Guan Eng sebagai seorang akauntan profesional yang bertauliah. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.