Derita Rakyat Tiada Siapa Peduli

Apabila HARAPAN memberi jaminan untuk melaksanakan pentadbiran yang lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), ramai yang merasakan inilah masanya untuk menukar atau diberi peluang kepada parti baru menerajui negara.

Maka pilihan yang agak ‘kukuh’ ketika itu adalah Pakatan Harapan (PH), dengan HARAPAN rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan berfaedah.

Tersenyum lebar sebilangan rakyat sambil menutup mata membayangkan betapa indahnya zaman HARAPAN memerintah Malaysia.

Bagi mereka yang bakal memilih PH pada PRU 14 yang lepas, umpama memasuki ke sebuah gedung membeli belah yang menawarkan pelbagai tawaran menarik.

Rakyat akan melihat pentadbiran kerajaan yang telus dan lebih baik. Tiada lagi tekanan atau campurtangan politik ke dalam pentadbiran kerajaan. Bagi mereka yang rajin bekerja akan dinaikkan pangkat selayaknya.

Paling menarik lagi sekiranya PH dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, sudah pasti lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan.

Angan-angan rakyat bakal terlaksana dengan pemansuhan tol dan harga petrol yang jauh lebih murah serta pelbagai lagi tawaran yang sedap didengari.

Nah hari ini semua tawaran menarik pernah rakyat dengari hanyalah DUSTA BELAKA.

Malahan Penjawat Awam yang sebelum ini ikhlas berkhidmat demi keluarga dan negara pula kini dihina saban hari.

Mereka dituduh tidak profersional bekerja, mengamalkan rasuah, tidak efektif dan lebih malang lagi ditamatkan perkhidmatan tanpa ada rasa belas kesian.

Seramai 22,000 Penjawat Awam telah berjaya ditamatkan perkhidmatan oleh kerajaan yang baru tertubuh ini.

Asas tindakan PH adalah kerana kesemua mereka merupakan pekerja ‘lantikan politik’ yang juga terdiri daripada kumpulan sokongan seperti pemandu kereta, kerani, pembancuh teh, pembantu pejabata malah semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak, diberhentikan tanpa belas kasihan.

Persoalan demi persoalan dilontarkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), apakah akan terjadi kepada mereka yang ditamatkan perkhidmatan ini.

Namun malangnya KSN yang begitu mesra dengan Penjawat Awam ketika zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, kini umpama dijahit mulutnya tidak mampu bersuara mempertahankan nasib mereka yang mungkin tidak besar jasanya kepada negara tetapi tetap menyempurnakan setiap keperluan jabatan, agensi dan kementerian.

Sehingga kini, tiada siapa di kalangan kepimpinan di peringkat Persekutuan bangkit membela nasib mereka yang telah ditamatkan perkhidmatan ini.

Apakah nasib anak-anak mereka yang baru memulakan musim persekolahan 2019, adakah serba lengkap keperluan persekolahan mereka?

Itu belum lagi dimasukkan hal sewa rumah, ansuran kereta / motor dan paling penting barangan keperluan harian serta macam-macam lagi.

Agensi-agensi yang menjadi pemudahcara antara kerajaan dan rakyat kini ditutup dan banyak lagi yang bakal menerima nasib yang sama.

Seperti keadaannya yang berlaku kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), ramai penjawat yang terpaksa kehilangan punca pendapatan dan mereka pernah disogokan dengan janji bakal diserapkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi dipaksa menerima gaji yang lebih rendah.

Sekiranya sebelum ini, seseorang itu bergaji RM 3,000 kini terpaksa menerima gaji permulaan sekitar RM 1,500 dan hilang taraf ‘seniority’ di dalam jabatan.

Ini antara ribuan kes yang terjadi di dalam kehidupan Penjawat Awam yang dibuang kerja.

Fenomena pemberhentian Penjawat Awam ini tidak berhenti di sini, pada tahun 2008 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanahan formula pengurangan Penjawat Awam yang dirasakan ada lebihan.

Namun ianya tidak dilaksanakan secara membuta tuli kerana formula ini bukan boleh digunapakai di Malaysia kerana kepelbagaian sebab seperti budaya dan sosio rakyat Malaysia dan sekiranya dibandingkan dengan Amerika, Malaysia lebih rendah jumlah penjawat awam mengikut nisbah.

Namun, PH mengambil perkara ini sebagai satu peluang untuk memberhentikan Penjawat Awam seperti yang dilaungkan oleh pemimpin DAP sebelum mereka berkuasa.

DAP sudah sekian lama menabur racun kepada Perkhidmatan Awam, menuduh ianya satu pembaziran. mereka menggunakan akhbar tabloid The Edge untuk menabur racun menuduh Penjawat awam satu pembaziran.

Bahang kesempitan hidup sudah mula dirasai di seluruh negara.

Dahulu mungkin kalangan rakyat boleh membuat simpanan kewangan, sekarang simpanan sudah mulai berkurangan.

Pasangan yang baru memulakan hidup bekeluarga, kini sudah mula membuat ‘pinjaman’ dan bantuan dari ibu bapa kerana kekurangan sumber untuk menyara kehidupan keluarga.

Kos sara hidup bagi golongan seperti peneroka, petani, petani, nelayan dan pekebun jauh lebih mencabar berbanding kita.

Hasil tanaman mereka sudah tiada harga lagi. Mainan golongan peraih (orang tengah) telah menyebabkan pendapatan mereka tidak ketentuan. Inilah yang sedang berlaku hari ini di seluruh negara.

Bantuan sara hidup buat golongan ini, seolah-olah dinafikan oleh pihak kerajaan. Bahkan terdapat keluarga yang terpaksa memajak hasil tanaman mereka bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

Fenomena ini telah dan sedang berlaku. Ia telah membuka mata rakyat bahawa PH sebenarnya telah gagal mentadbir negara. Kerajaan yang terbentuk hasil fitnah ini sudah semakin layu dan bakal ranap bila-bila masa saja.

Ibarat marahkan nyamuk seekor, kelambu habis dibakar. Kesilapan rakyat sebelum ini, marahkan pemimpin kerana fitnah, habis digadaikan keseluruhan nilai dan nikmat yang dimiliki ketika itu.

Keghairahan pemimpin PH menjaja berita tidak benar menyebabkan pelbagai pertelagahan muncul sehingga kini masih lagi belum diperbaiki sebaiknya.

Ibarat biduk berlalu, kiambang bertaut semula, kita semua sudah melalui satu fasa kehidupan yang memeritkan.

Mungkin kita tak merasainya tetapi ada kalangan kita sedang mengharungi kepayahan dan masih lagi terumbang ambing memperbaiki kehidupan sebagaimana dinikmati sebelum ini.

Jangan biarkan biduk berlalu terlalu jauh, mari kita perbaiki dan satukan semula nilai-nilai yang pernah kita lalui seperti tahun-tahun sebelum ini dan segera hentikan tindakan-tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak berfaedah langsung untuk bangsa, agama dan negara.

Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua.

Datuk Razlan Rafii

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit