Jentera BN Harus Hati-hati Kempen Saat Akhir, Terus Yakinkan Pengundi – Tok Mat


TANAH RATA, 23 Jan – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua jentera harus berhati-hati dalam berkempen di saat-saat akhir kerana apa yang penting adalah pada hari pengundian nanti.

Jelas beliau, tidak guna berkempen siang malam sekiranya para pengundi gagal di bawa keluar untuk membuang undi.

“Apa yang saya harapkan dari jentera yang telah disusun rapi adalah yakinkan dan bawa keluar para pengundi untuk buang undi di pusat daerah mengundi. Tidak guna kira berkempen siang dan malam tetapi kita tidak berjaya untuk keluarkan orang.

“Jadi semua jentera harus berhati-hati dan terus berusaha keras sehinggalah ke penghujungnya,” ujar beliau kepada media selepas menyertai majlis tahlil di Masjid Kayangan, Brinchang, malam tadi.

Mohamad turut melahirkan rasa puas hati dengan gerak kerja yang dilakukan jentera parti sepanjang berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini.

Menurutnya, maklum balas yang diterima dari orang ramai sepanjang berkempen juga adalah sangat baik dan menggalakkan.

Justeru beliau yakin BN akan mampu mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Cameron Highlands ini. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.