BN Umum Calon PRK Cameron Highlands Khamis Ini
KUALA LUMPUR, 8 Jan – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya di Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Parlimen Cameron Highlands pada 10 Januari 2018, Khamis ini dalam satu majlis, di sini.
Ibu Pejabat BN memaklumkan majlis pengumuman calon tersebut akan berlangsung pada jam 11.00 pagi di Bunga Room, Aras 3, Hotel Seri Pacific.
PRK Cameron Highlands diadakan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 12 Januari dan 26 Januari hari pengundian.
Pada PRU-14, Datuk C.Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang membabitkan saingan lima penjuru namun pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangannya adalah terbatal.
Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dari PKR yang memperoleh 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd. Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi). – MediaUMNO
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2019/01/Pengumuman-Calon-jemput-media.pdf”]