Sudahlah Bantuan PH Kurangkan, Idea Pula Tidak Praktikal – Ahmad Maslan


PONTIAN, 6 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pertukaran kerajaan tidak memberi manfaat jika tidak membawa kebaikan kepada rakyat.

Jelas Ahli Parlimen Pontian itu dalam Facebooknya, era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini serba-serbi bantuan kepada rakyat dikurangkan, berbeza ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Era #BN kita prihatin hidup rakyat termasuk nelayan. Bantuan bulanan diberi. Subsidi minyak ada. Insentif pendaratan ikan. Baiki rumah mereka.

“Era #PH bantuan-bantuan dikurangkan dan idea untuk selesai masalah tidak praktikal,” bidasnya yang memuatnaik satu keratan akhbar rintihan nelayan.

Sebelum ini, golongan penoreh getah, pekebun sawit dan petani turut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pihak kerajaan PH.

Walaubagaimanapun, atas desakan pembangkang, kerajaan akhirnya terpaksa akur membuat pusingan U memberi sedikit bantuan kepada golongan tersebut, tetapi masih tidak menyamai sebagaimana yang pernah kerajaan BN berikan sebelum ini. – Media UMNO.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.