Categories: Berita Lain

Rakyat Johor Tiada Masalah Penglibatan Institusi Kesultanan Dalam Pentadbiran, Kehidupan – Hasni

JOHOR BAHRU, 29 Dis – Rakyat Johor tidak berdepan sebarang masalah dengan penglibatan institusi Kesultanan Johor dalam pentadbiran, kehidupan mahu pun suasana kemasyarakatan di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata apa yang ditulis menerusi media sosial yang menyentuh tentang institusi Kesultanan Johor jelas menunjukkan pihak yang terlibat tidak memahami peranan dan tanggungjawab Sultan Johor serta Tunku Mahkota Johor terhadap rakyat negeri ini.

Beliau berkata peranan institusi diraja atau Kesultanan Johor mempunyai caranya tersendiri dan rakyat berbangga dengan adanya Undang-Undang Tubuh Johor yang jelas menyatakan kewujudan institusi Kesultanan Johor.

“Rakyat Johor tiada sebarang masalah dengan penglibatan Sultan Johor atau Tunku Mahkota Johor dalam pentadbiran negeri, kehidupan atau suasana kemasyarakatan di negeri ini.

“Jadi, apa yg ditulis yang menyentuh institusi diraja Johor itu jelas menunjukkan mereka tidak faham peranan dan tanggungjawab Sultan dan TMJ (Tunku Mahkota Johor) terhadap rakyat Johor. Kita di Johor tidak pernah mempersoalkan peranan dan kehadiran institusi diraja dalam rakyat,” katanya.

Hasni yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program larian ‘Tok Uban Fun Run (TUFR) 2018’ anjuran UMNO Bahagian Johor Bahru, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menerusi kenyataan di laman Facebook, semalam, yang menyarankan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya turun dari singgahsana dan masuk ke gelanggang politik secara sepenuh masa sekiranya gemar membuat kenyataan-kenyataan berbaur politik.
–BERNAMA

Recent Posts

Dunia Seni Negara Kehilangan Sebutir Bintang – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni…

7 min lalu ago

PRN: PPBM Jadi Pemecah Undi, Bukan UMNO – Ahmad Maslan

TANGGA BATU, 24 Okt - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan Parti Pribumi…

16 min lalu ago

Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta…

19 min lalu ago