Categories: Berita Utama

UMNO Sabah Tidak Akan Terbubar, Bung Mokhtar Dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO Sabah tidak akan terbubar walaupun beberapa pemimpin UMNO negeri itu keluar parti.

Jelas beliau, apa yang berlaku di Sabah adalah merupakan satu tindakan yang telah dijangka.

“Ini sama sekali tidak akan menjejas dan melemahkan perjuangan UMNO yang telah banyak menabur jasa kepada anak negeri itu.

“Kemasukan UMNO ke Sabah pada tahun 1991, telah merubah kedudukan sosio ekonomi negeri itu dan sudah tentu parti Rumpun Melayu akan meneruskan pembelaan berkenaan.

“Untuk itu, tindakan segera akan dilakukan bagi menyusun dan merombak Badan Perhubungan UMNO Sabah. UMNO juga bersedia dengan pelan penggantian di peringkat bahagian sebagaimana terkandung dalam fasal 15.7 dan fasal 15.8 Perlembagaan UMNO,” jelas beliau dalam satu sidang media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Sementera itu dalam sidang media yang sama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baru.

Ketua UMNO bahagian Sepanggar Datuk Yakub Khan pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Ketua UMNO Bahagian Tenom, Raimi Unggi sebagai Ketua Penerangan manakala Timbalan Ketua UMNO Kinabatangan, Jeffry Ariffin sebagai Setiausaha Badan Perhubungan. – MediaUMNO

Recent Posts

Dunia Seni Negara Kehilangan Sebutir Bintang – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni…

55 min lalu ago

PRN: PPBM Jadi Pemecah Undi, Bukan UMNO – Ahmad Maslan

TANGGA BATU, 24 Okt - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan Parti Pribumi…

1 jam lalu ago

Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta…

1 jam lalu ago