Categories: Berita Utama

Tatap UMNO… Terus Kekal Untuk Berbakti Kepada Rakyat Di Sabah – Dr Shamsul


KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan tidak timbul isu UMNO di Sabah akan dibubarkan walaupun terdapat segelintir pimpinan di negeri tersebut bertindak keluar parti.

Menurutnya, kepimpinan UMNO di peringkat pusat akan terus melaksanakan usaha bagi memperkuatkan UMNO di Sabah di ketika ini, terutama dengan cabaran yang dihadapi sekarang.

“Kepada pimpinan dan rakan-rakan serta ahli UMNO yang masih setia di Sabah, saya berharap kita tetap terus setia dengan UMNO.

“Percayalah semua ini adalah asam garam perjuangan, pemimpin boleh datang dan pergi tetapi UMNO di Sabah mesti terus kekal untuk berbakti kepada rakyat di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Shamsul lagi, UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai prinsip dan idealisme perjuangan yang sangat jelas.

“Perjuangan kita bukan bersifat peribadi. UMNO berjuang membela kepentingan Melayu dan Bumiputera di samping membela kepentingan semua kaum lain sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Paling utama UMNO berjuang untuk terus memperkukuh dan mempertahankan agama, bangsa dan negara ini,” tegas Shamsul yang juga ahli Parlimen Lenggong.

Justeru jelasnya lagi, sejarah UMNO di Sabah juga cukup panjang serta bakti dan jasanya kepada rakyat di negeri bawah bayu itu begitu lama dan sudah terbukti.

“Kemasukan UMNO di Sabah pada tahun 1991 antara lain bagi membolehkan juga tokoh-tokoh di Sabah dapat diangkat berperanan di peringkat nasional dan ia terbukti berlaku.

“UMNO mahu perkara ini terus dilakukan. Oleh yang demikian, walau apapun yang berlaku, UMNO di Sabah akan terus diperkukuh malah dikekalkan.

“Semua ini termasuklah memberikan kuasa autonomi kepada UMNO Sabah sebagaimana telah dinyatakan oleh Presiden UMNO. Proses ini sedang dilakukan bagi memperkuat serta membolehkan UMNO Sabah diberikan lebih besar peranan dan tanggungjawab,” ujarnya, diakhiri dengan kalimat keramat ahli-ahli parti di negeri itu, Tatap UMNO. – Media UMNO

Recent Posts

Banyak Perkara Boleh Dipelajari Dari PRN Melaka, Rakyat Mahu Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Mereka yang tidak keluar untuk membuang undi dalam mana-mana pilihan…

2 jam lalu ago

Undi18: Pendaftaran Automatik Berkuat Kuasa 15 Dis

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah…

4 jam lalu ago

Puteri UMNO Minta Kerajaan Lakukan ‘Sesuatu’ Kawal Harga Barang, Rakyat Masih Terkesan COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kenaikan…

5 jam lalu ago

Isu Perkahwinan Bawah Umur Bakal Dikupas Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Isu berhubung usaha membanteras perkahwinan bawah umur dalam negara dijangka…

5 jam lalu ago

Jumaat, 3 Dis Cuti Bagi Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 1 Dis - Jumaat (3 Dis) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh…

18 jam lalu ago

Tiada Varian Omicron Dikesan Melalui Kajian Penjujukan Genom Setakat Ini – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 1 Dis - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron…

18 jam lalu ago