Tajuddin Lahirkan Hasrat Berdialog Dengan Wakil PBB

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengenali dan mengetahui cara kehidupan rakyat negara ini yang berbilang kaum sebelum ingin mencampuri urusan pentadbiran negara ini.

Justeru, beliau melahirkan jemputan kepada wakil PBB ke Malaysia bagi mengadakan dialog bersama.

“Mereka tidak boleh menyamakan negara Islam Arab dengan Negara Islam Malaysia. Mereka (PBB) mana tahu sejarah, bagaimana kita mula bersama.. bagaimana hidup bersama berbilang kaum… ‘sorry’lah.. tidak perlulah masuk campur. Jangan main-main dengan sebuah negara yang anda sendiri tidak faham,” ujar Tajuddin kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Tajuddin, PBB perlu mengetahui bahawa rakyat negara ini hidup tanpa diskriminasi walaupun mempunyai hak keistimewaan Bumiputera.

“Tiada diskriminasi. Jangan mereka nak pandai-pandai tuduh kita mendiskriminasikan (kaum lain),” bidas beliau. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.