Himpunan Aman Anti-ICERD 812 Pastikan Perlembagaan Persekutuan Terus Terluhur

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad memanjatkan kesyukuran dan menghargai kehadiran orang ramai dalam Himpunan Daulat 812 semalam yang dianggap sebagai pejuang agama dan bangsa.

“Syukur diberi kemudahan dalam semua perancangan yang telah diatur. Semoga ICERD tidak diratifikasikan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan terus terluhur.

“Tahniah dan terima kasih kepada setiap sokongan dari semua ahli Wanita UMNO di cawangan, bahagian, negeri dan Exco Wanita walau di mana berada.

“Demi kesatuan ummah, ukhuwah dan kerjasama bersama Muslimat Pas amat kami hargai.”

Katanya, doa kita tetap sama, Islam dan Melayu terus terjaga. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit