Tunjukkan Solidariti Kita, Jom Turun Himpunan Daulat 812 Esok – Tok Mat Hasan

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru rakyat bersama-sama turun ke perhimpunan aman esok, Sabtu di Dataran Merdeka bagi menyatakan solidariti kepada agama, bangsa dan tanah air.

Dalam hantaran di media sosialnya, Mohamad berharap agar semua peserta mematuhi undang-undang dan peraturan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

“Marilah kita semua hadir bersolidariti bersama demi agama, bangsa dan tanah air… Insya-Allah saya akan hadir sama….

“Pastikan juga kita menjaga tertib dan patuh pada peraturan dan undang-undang… Semoga berjalan lancar himpunan esok,” katanya dengan diakhiri ‘hashtag’ (tanda pagar) #KL812.

Himpunan Daulat 812 esok bukan sahaja menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tetapi membantah apa jua bentuk usaha untuk meruntuhkan keharmonian pelbagai agama dan kaum kerana majoriti rakyat Malaysia cintakan keamanan yang telah dibina berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. MediaUMNO

#Daulat812

#Himpunan812

#HimpunanDaulat812

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.