Isu ICERD : Perangai PH Sebijik Macam Pelobi Zionis

Sekarang Pakatan Harapan menyalahkan UMNO kerana menghasut rakyat sedangkan Kerajaan tidak berhasrat untuk meratifikasikan ICERD. Kononnya sekadar kajian sahaja macam BN buat pada 2011.

Pelobi-pelobi cap ayam PH mula menulis Kononnya UMNO ketandusan isu dan menjadikan ICERD sebagai batu loncatan.

Kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD. Waytha Moorthy hanya bercakap sebagai individu bukan kerajaan.

Ini perangai pelobi zionis di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Walaupun salah sendiri, mereka akan cuba menukar perspektif supaya kesalahan itu kerana pihak lawan.

Rakyat jangan lupa orang pertama yang membangkitkan isu untuk meratifikasikan ICERD adalah Tun Mahathir Mohamad sendiri di PBB. Bukan sahaja di PBB, malah sehingga minggu lepas Mahathir masih ada niat meratifikasikan ICERD cuma bimbang penentangan rakyat.

Jika tidak kerana masyarakat Bumiputera dan orang Islam bangun menentang hampir pasti kerajaan akan meratifikasikannya.

Mahathir hanya berkata “almost impossible” meratifikasinya apabila melihat penentangan yang kuat dari orang Melayu.

Kerajaan hanya mengendurkan hasrat mereka bila Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kemungkinan berlaku rusuhan kalau kerajaan meneruskan hasrat ini.

Sekarang mereka mahu menjadikan Ahmad Zahid sebagai “kambing hitam” dalam isu ini. Kononnya Zahid cuba mencetuskan rusuhan. Realitinya Mahathir adalah punca rakyat marah.

Sebenarnya banyak sangat pemimpin lidah bercabang dalam Kerajaan hari ini. Cakap berbelit-belit.

An Jalil Becker

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit