Categories: Berita Lain

Hati-hati Sebelum Iktiraf ICERD

KANGAR 6 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berhati-hati dan mengkaji dengan lebih mendalam kesan jangka panjang yang bakal dihadapi oleh negara jika mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerajaan tidak boleh buat keputusan hanya atas desakan sesetengah pihak semata-mata.

Dalam masa sama, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan semua kaum serta pelbagai pihak dalam isu ini.

“Kita harus subjektif dalam hal ini dengan memikirkan kesan jangka panjang jika ICERD diiktiraf di negara ini.

“Sebelum keputusan meratifikasi konvensyen ini dibuat, mestilah mendapat input sewajarnya daripada semua pihak,” katanya ketika ditemui selepas program jom memancing Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) Kampung Wang Besar 2018 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azlan berkata, kerajaan negeri ini tidak akan mengikut jejak langkah Kelantan yang bercadang melaksanakan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah gejala sosial.

Katanya, situasi remaja di negeri ini masih terkawal dan tidak perlu langkah seperti itu dilaksanakan.

“Kita tidak akan laksana kerana di Perlis, Insya-Allah masalah remaja masih terkawal dan tidak perlu perintah berkurung,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Recent Posts

Perdana Menteri Akan Umum Sesuatu Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 6 Jun - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengumumkan sesuatu esok dan…

55 mins ago

COVID-19: Kes Baharu Masih Dua Angka, Kes Sembuh 79.9 Peratua – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 6 Jun -- Jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 yang dilapor hari ini masih…

59 mins ago

PRK Chini : Sokong Saranan MB Pahang, Namun UMNO Tetap Siapsiaga – Shahril

KUALA LUMPUR, 6 Jun - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata pihaknya menyambut baik saranan…

1 hour ago

Perkhidmatan Gunting Rambut Dibenar Beroperasi Mulai 10 Jun

PUTRAJAYA, 6 Jun - Perkhidmatan guntingan dan dandanan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10…

2 hours ago

Pasar Malam, Pasar Pagi Di WP Dibenar Beroperasi Bermula 15 Jun Ini

PUTRAJAYA, 6 Jun - Semua pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di…

3 hours ago

PENJANA Bersifat ‘People Centric’, Tepat Pada Masanya – Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Jun - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan, Pelan…

3 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda