Categories: Berita Utama

Bajet 2019 Tak Teliti, Bila Viral Subsidi Minyak Bersasar Terus Buat ‘U-Turn’


JOHOR BAHRU, 5 Nov – Bajet 2019 baru sahaja dibentangkan Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tetapi sehari kemudian beliau sudah buat ‘u-turn’ berkaitan apa yang diumumkannya sendiri.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Guan Eng yang dikenali sebagai menteri ‘1 Trilion Dollar Man’ tidak teliti apabila menyediakan Bajet 2019.

“Dia dengan bangga umum kereta berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah akan menerima subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter, tetapi bila ‘viral’ bahawa ada kereta mewah seperti Volkswagen Tiguan dan Beetle serta BMW318i juga berkapasiti bawah 1,500cc dia terus ubah fikiran iaitu tidak akan beri subsidi kepada kereta mewah berkenaan,” katanya menerusi kenyataan yang dibuat dalam laman facebooknya.

Ujarnya, patutlah ada pegawai Kementerian Kewangan kata mereka sediakan bajet lain tapi apabila sampai pada ‘1 Trilion Dollar Man’ terus berubah.

“Volkswagen Tiguan harganya RM165K manakala BMWi8 (1500cc) harganya ialah RM1.31 Juta. Ini Menteri Kewangan yang gagal. Elok Ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tolak Bajet 2019 ini. Incomplete,” tegasnya lagi.

Dilaporkan, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, ketika membentangkan Belanjawan 2019 berkata, Pakatan Harapan (PH) melalui manifestonya berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

Namun sehari kemudian beliau berkata pemilik kereta mewah dengan kapasiti enjin di bawah 1,500cc diingatkan jangan berharap untuk menikmati subsidi minyak bersasar seperti yang diumumkan, malah memaklumkan bahawa mekanisme pemberian subsidi bahan api berkenaan masih dalam kajian dan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh suku kedua tahun depan. – MediaUMNO

Recent Posts

Sikap Hipokrit Dap Suka Beretorik Bukan Lagi Rahsia – Azril Rizal

TEMERLOH, 4 Ogos - Exco Pemuda UMNO Malaysia, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit menyifatkan segala…

2 mins ago

#Unite4Palestine: Zahid Tegas Tolak Pelan Pengilhakan Tebing Barat Oleh Israel

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas menentang…

2 hours ago

Mesyuarat Khas PRN Sabah Dalam Dua Minggu Lagi – SPR

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri…

2 hours ago

Tuduhan Meminta ‘Habuan’? Mahdzir Tegas Telah Nafikan Dalam Mahkamah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hairan dengan kenyataan…

3 hours ago

Malaysia Punyai Seramai 71,041 Doktor Perubatan – Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Malaysia mempunyai seramai 71,041 doktor perubatan yang berkhidmat di sektor…

4 hours ago

Warisan Tak Nafi Pertumbuhan Ekonomi Sabah Lembab Di Bawah Mereka

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata…

5 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda