Kenapa Guan Eng Takut Dedahkan Dokumen Perjanjian 1MDB Dengan IPIC ?


SEMALAM, Lim Guan Eng memberi alasan bahawa kerajaan tidak boleh mendedahkan perjanjian penyelesaian antara syarikat Abu Dhabi, IPIC dan 1MDB kerana jika berbuat demikian akan menjadi subjudis kerana saya telah didakwa mengenainya, dua minggu dahulu.

Saya telah beberapa kali meminta kerajaan untuk mendedahkan kedua-dua perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan tahun 2017 jika benar-benar mahu menegakkan keadilan kepada saya dan rakyat tetapi tidak disambut.

Guan Eng tuduh bahawa saya hanya bercakap tentang perkara ini selepas saya didakwa.

Ini tidak benar. Saya juga pernah menyeru mereka berbuat demikian di dalam perbahasan saya di Dewan Rakat sebelum saya didakwa untuk kes IPIC tetapi ketika itu, Guan Eng ponteng dari Dewan.

Dia juga memberi alasan bahawa dia dia tidak boleh bercakap tentang IPIC sekarang kerana ia kes di mahkamah tetapi rekod menunjukkan dia terus bercakap tentang kes ini termasuk di dalam ucapan belanjawan 2019 beliau. Ini termasuk bapanya yang terus melontar tuduhan mengenai kes IPIC dengan 1MDB.

Guan Eng juga bertanya mengapa saya tidak mendedahkan ataupun mengulas mengenai penyelesaian ini pada masa lalu.

Ini kerana bukan mudah untuk membuat dakwaan ketika anda menjawat jawatan Perdana Menteri apatah lagi ia melibatkan kerajaan negara asing.

Saya berpendirian bahawa kerajaan tidak seharusnya dengan mudah untuk mencetuskan pergaduhan dengan negara lain dan saya lebih memilih untuk mencari jalan penyelesaian secara baik dan tanpa kekecohan.

Seperti saya pernah menjelaskan, jika anda lihat kepada aliran wang, setiap satu pindahan wang 1MDB yang dikatakan hilang, selepas ia diterima atau dijamin syarikat pelaburan Abu Dhabi. Beberapa pegawai kanan syarikat itu turut didapati menerima secara langsung dan menggunakan dana berkenaan atau terlibat dalam penipuan.

Ia sentiasa menjadi objektif saya untuk mendapatkan kembali setiap sen wang 1MDB dan tiada wang hilang. Oleh itu, kerajaan dulu pernah membuat dua perjanjian penyelesaian dalam tahun 2015 dan 2017 bagi mencapai matlamat ini.

Saya nampak kerajaan tidak mahu mendedahkan dokumen ini kerana ia akan menunjukkan ada klausa menyatakan IPIC perlu membayar semula wang yang dikatakan hilang dari 1MDB sebelum 31 Disember 2020.

Mereka tidak mahu rakyat tahu tentang hal sebenar 1MDB dan usaha kita untuk menyelesaikan masalah ini untuk mendapat balik wang 1MDB. Mereka mahu gunakannya untuk terus memburukkan nama saya.

Saya ingin pulangkan soalan kepada Guan Eng: Mengapa kerajaan PH tidak mahu meneruskan usaha dengan IPIC untuk memenuhi klausa perjanjian bagi mendapatkan balik wang dari IPIC sebelum 31 Disember 2020?

Adakah usaha untuk mendakwa saya lebih penting dari mendapatkan semula wang 1MDB dan menjaga hubungan negara dengan kerajaan Abu Dhabi?

Link di sini ialah untuk penjelasan lebih mendalam yang juga saya buat sebelum saya didakwa, di mana saya juga memanggil kerajaan untuk mendedahkan dokumen penyelesaian, bercanggah dengan alasan diberi Guan Eng:

NAJIB RAZAK

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit