Categories: Berita Utama

BN Harus Bekerja Dari Sekarang Kerana Rakyat Sudah Muak Dengan Janji Kerajaan PH

BUTTERWORTH, 4 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) harus bekerja dari sekarang kerana rakyat sudah muak dan benci serta sedar sudah ditipu dengan kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“…kerana PRU mungkin tidak perlu tunggu lima tahun jadi kena bekerja keras dan bijak,” ujar beliau ketika berucap dalam program jelajah Presiden bersama kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi UMNO peringkat negeri Pulau Pinang.

Jelas beliau, semua pihak harus bekerja dari sekarang kerana rakyat sudah muak dan benci kerana sedar sudah ditipu dengan kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Janji 100 hari tidak ditunaikan, Bajet 2019 pula  bukan bajet Malaysia tapi bajet Dap.

“Sebab itu kita pembangkang akan ada bajet khas kerana kita mahu janji kepada rakyat dikembalikan, soal pemandu teksi, orang kampung, pesawah dan petani harus diberikan perhatian oleh kerajan.

“Adalah  bajet bagus yang konon dibuat tapi sebenarnya dari bajet kita dulu.. tukar salut je.. BR1M jadi Basah… dulu BR1M dedak jadi Basah apa…,” kata beliau.

Justeru jelas beliau, UMNO arus bangkit bagi menjadi sambungan suara rakyat.

Dalam masa yang sama beliau menyatakan secara prinsipnya BN juga bersetuju untuk meluluskan permohonan UMNO Pulang Pinang bagi mengambil alih enam daripada 13 kerusi Gerakan di negeri itu.

Namun jelas beliau, kelulusan tersebut turut disertakan dua syarat yang harus dipenuhi.

“Jangan pandai minta sahaja. Ada dua syarat yang harus dipenuhi iaitu satu, UMNO Pulau Pinang harus mengekalkan dan merampas kembali kerusi UMNO sedia ada (15 kerusi) dan yang kedua mula bekerja dari hari ini untuk memenangkan 21 kerusi yang ada.” MediaUMNO

Recent Posts

Peluang Pekerjaan Dan Skim Pencen Sosial Mampu Pulihkan Kedudukan Kewangan Rakyat – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berpandangan kerajaan memerlukan penyelesaian…

3 jam lalu ago

Perak Tidak Akan Terburu-buru Buka Pulau Pangkor Kepada Umum

LUMUT, 26 Sept - Kerajaan Negeri Perak tidak akan terburu-buru dan masih meneliti pelbagai kemungkinan…

4 jam lalu ago

MEDAC Sasar Bantu Lebih 192,000 Usahawan Terjejas Akibat COVID-19

YAN, 26 Sept - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan untuk membantu seramai 192,541…

6 jam lalu ago

Hasrat Kerajaan Turunkan Harga Kit Ujian Kendiri COVID-19 Disambut Baik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik…

6 jam lalu ago

Bayaran BPR Fasa Tiga Dikreditkan Mulai Selasa – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Sept - Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan…

7 jam lalu ago

Sarawak Mula Beri Dos Penggalak Oktober – Khairy

KUCHING, 26 Sept - Sarawak akan memulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 pada bulan Oktober…

7 jam lalu ago