BN Harus Bekerja Dari Sekarang Kerana Rakyat Sudah Muak Dengan Janji Kerajaan PH

BUTTERWORTH, 4 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) harus bekerja dari sekarang kerana rakyat sudah muak dan benci serta sedar sudah ditipu dengan kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“…kerana PRU mungkin tidak perlu tunggu lima tahun jadi kena bekerja keras dan bijak,” ujar beliau ketika berucap dalam program jelajah Presiden bersama kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi UMNO peringkat negeri Pulau Pinang.

Jelas beliau, semua pihak harus bekerja dari sekarang kerana rakyat sudah muak dan benci kerana sedar sudah ditipu dengan kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Janji 100 hari tidak ditunaikan, Bajet 2019 pula  bukan bajet Malaysia tapi bajet Dap.

“Sebab itu kita pembangkang akan ada bajet khas kerana kita mahu janji kepada rakyat dikembalikan, soal pemandu teksi, orang kampung, pesawah dan petani harus diberikan perhatian oleh kerajan.

“Adalah  bajet bagus yang konon dibuat tapi sebenarnya dari bajet kita dulu.. tukar salut je.. BR1M jadi Basah… dulu BR1M dedak jadi Basah apa…,” kata beliau.

Justeru jelas beliau, UMNO arus bangkit bagi menjadi sambungan suara rakyat.

Dalam masa yang sama beliau menyatakan secara prinsipnya BN juga bersetuju untuk meluluskan permohonan UMNO Pulang Pinang bagi mengambil alih enam daripada 13 kerusi Gerakan di negeri itu.

Namun jelas beliau, kelulusan tersebut turut disertakan dua syarat yang harus dipenuhi.

“Jangan pandai minta sahaja. Ada dua syarat yang harus dipenuhi iaitu satu, UMNO Pulau Pinang harus mengekalkan dan merampas kembali kerusi UMNO sedia ada (15 kerusi) dan yang kedua mula bekerja dari hari ini untuk memenangkan 21 kerusi yang ada.” MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit