‘Kajian Separuh Penggal RMK11: Terbongkarnya Pembohongan!’ Diskusi Dari Parlimen, Malam Ini
KUALA LUMPUR, 25 Okt – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias akan muncul bersiaran langsung di dalam program Diskusi Dari Parlimen untuk mengupas tajuk ‘Kajian Separuh Penggal RMK11: Terbongkarnya Pembohongan!’ bersama Datuk Seri Kamal Amir sebagai moderator.
Diskusi ini akan bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam ini dan boleh diikuti menerusi laman facebook UMNO Online.
Marilah bersama-sama mengikuti diskusi tersebut bagi mengetahui kupasan dan hujahan yang akan dilontarkan oleh para panelis berhubung perkara berkaitan. – MediaUMNO