Konvensyen Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri Dan Putera MIC Kebangsaan
SHAH ALAM 21 Okt — Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki menghadiri Konvensyen Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera MIC Kebangsaan di Shah Alam. Hampir keseluruhan kepimpinan sayap-sayap MIC yang baru dipilih oleh hampir 20,000 ahli yang boleh memilih adalah muka-muka baru di kalangan profesional yang bersemangat untuk meneruskan agenda perjuangan memulihkan parti dan bekerja untuk kembali bangkit mendapatkan kepercayaan rakyat.