Puteri Harus Terus Istiqamah Demi Kemenangan Pada PRU-15

ALOR SETAR, 20 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan melahirkan harapan agar ukhwah dan penyatuan antara ahli Puteri akan terus utuh dan berterusan dalam kebangkitan sebagai pembangkang.

Jelas beliau, ini amat penting bagi memastikan Puteri dapat membantu parti merampas kembali pucuk pimpinan negeri Kedah terutamannya pusat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Kita perlu bekerja keras… bukan mudah untuk kita hadapi tetapi saya yakin jika Puteri terus istiqamah, sudah pasti yang sukar itu menjadi mudah.

“Kita harus mengambil kesempatan terhadap segala isu yang ada sekarang ini… terhadap segala janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan baru ini. Kita perlu sampaikan kepada akar umbi khususnya anak muda supaya mereka boleh bandingkan yang mana kaca yang mana permata.

“Jika dulu mereka terlalu inginkan perubahan sehingga lupa segala kebaikan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO, kini mereka bandingkanlah adakah kerajaan baru ini mampu memberikan sesuatu yang jauh lebih baik,” ujar beliau dalam sesi jelajah ukhwah Puteri UMNO peringkat negeri Kedah.

Siri jelajah ukhwah ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan hubungan antara kepimpinan Puteri dengan akar umbi.

Selain itu jelas Zahida, Puteri juga harus mempraktikkan 5S iaitu solidariti, sinergi, survival, sukarela dan strategi untuk terus bergerak mendekati pengundi muda.

“Saya juga tidak mahu Puteri takut untuk membuat sebarang posting di media sosial. Semasa Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, ramai yang mengatakan betapa pentingnya kuasa media sosial jadi mengapa kita tidak menggunakannya.

“Puteri harus pandai untuk memperhebatkan kuasa media sosial dan perkara ini akan kita perhalusi nanti,” jelas beliau. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit