Berbekal Kewangan RM450 Juta : Menteri Kewangan Yang Kelakar

Menteri Kewangan kita kelakar.

Dia bercakap seolah-olah Kerajaan berhenti menerima hasil sejak 9 Mei.

“Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta” ?

Hasil Kerajaan 2018:

Januari RM18.9b
Februari RM11.5b
Mac RM24.0b
April RM17.6b
Mei RM20.8b
Jun RM14.1b
Julai RM21.3b
Ogos RM17.4b

Angka-angka ini tertera jelas di laman Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.

Setiap bulan Kerajaan menerima hasil cukai. Misalnya cukai GST atau kini SST, ataupun dalam slip gaji kami ada tertera potongan cukai bulanan.

Sejak bulan Mei hingga Ogos lalu, Kerajaan sepatutnya telah menerima hasil cukai sebanyak kira-kira RM74 bilion.

Pada bulan Mei sahaja RM20.8 bilion.

Januari hinggga April iaitu 4 bulan pertama kerajaan terima RM72 bilion. RM2 bilion kurang daripada apa yang Kerajaan PH dapat bagi 4 bulan seterusnya Mei-Ogos.

Bagaimana “mencabar” kerja Lim Guan Eng saya tidak pasti. Ataupun duit itu “hilang”?

Jika duit itu sudah hilang, maka wajarlah Lim Guan Eng disiasat. Ke mana duit itu? Saya rasa rakyat berhak tahu.

Saya setuju jika kata kerja Guan Eng lebih mencabar mulai 1 September, itu sudah tentu.

Mengapa? Kerana SST diperkenalkan menggantikan GST. Rakyat tidak merasai apa-apa manfaat tetapi Kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion dan tidak dapat meneruskan banyak inisiatif atau program.

Cukuplah Guan Eng dengan sandiwara dan pembohongan mu.

Najib Razak

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit