Bersama Wanita UMNO
Kuala Lumpur, 28 September– Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan ahli Wanita UMNO sebelum meninggalkan Majlis Wacana Dampak Media Sosial Terhadap Politik Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pagi ini. Turut bersama Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Naib Ketua, Datuk Norliza Abd Rahim. – Foto : MediaUMNO