Serbu Rumah Ibu Najib Tidak Selari Dengan Konsep Dan Prinsip Rule of Law
JOHOR BAHRU 21 Sept. – Tindakan polis menyerbu kediaman ibu Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam disifatkan sebagai tidak selari dengan konsep dan prinsip Rule of Law memerintah mengikut undang-undang) yang dilaungkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad kesal serta kecewa dengan tindakan tersebut dan membayangkan langkah itu menjurus sebuah kaedah police state.
“Sebagai sebuah negara berdaulat yang mengamalkan sistem demokrasi yang mana rata-rata rakyatnya yang cintakan keharmonian dan kedamaian.
“Tindakan yang menjurus kepada kaedah police state amatlah menjadi suatu mimpi ngeri kepada kita semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Polis menyerbu kediaman Tun Rahah Mohamed Noah di Jalan Eaton off Jalan Tun Razak semalam dan difahamkan dilakukan berkaitan dengan siasatan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Shahrir berharap bekas Perdana Menteri dan keluarganya itu diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan dan ujian getir tersebut. – UTUSAN ONLINE