Tahap Peduli Politik Orang Melayu Semakin Tinggi – Annuar

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan pilihanraya kecil DUN Seri Setia memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal menghadapi masalah sokongan daripada pengundi kaum Cina yang dilihat tidak kisah untuk mempertahankan kerajaan PH walaupun penasihat Dap, Lim Kit Siang membuat seruan khas kepada golongan itu untuk keluar mengundi.

Sementara itu menurut beliau, kepedulian pengundi Melayu memperlihatkan tahap yang tinggi di dalam PRK kali ini dengan memberikan sokongan kepada calon Pas apabila calon Pas, Dr Halimah Ali mendapat undi sekali ganda berbanding PRU ke 14 sebelum ini.

“Saya kira tahap kepedulian yang tinggi di kalangan pengundi Melayu yang diperlihatkan dalam PRK DUN Seri Setia ini adalah kerana orang Melayu hari ini sedar bahawa golongan mana yang teraniaya di bawah pemerintahan kerajaan PH hari ini.

“Pegawai kerajaan yg dibuang kerja dan cemuh itu dari golongan itu siapa? Peneroka Felda yang tertipu itu siapa? Nelayan yang teraniaya itu siapa? Rakyat yang kena SST itu siapa?

“Mereka yang dijanjikan dengan janji pembayaran PTPTN yang tidak dikotakan itu, Raja yang dihina itu Raja siapa, bahasa yang dipersenda itu bahasa siapa?

“Dan status peribumi yang dikatakan sebagai pendatang itu terkena pada siapa? Dan agama yang dihina itu agam siapa? Orang Melayu sudah sedar semua itu,” ujarnya dalam status terbaru entri beliau melalui facebook rasminya.

Sementara itu katanya lagi, ada pihak yg satu lagi berpuas hati dengan tidak mengindahkan seruan mengundi kerana bagi mereka apa-apa keputusan PRK kecil DUN Seri Setia tidak akan mampu merubah keadaan.

“Kini sebahagian pihak berpuas hati kerana apabila tiada GST, mereka yang untung. Sistem cukai yang lemah, mereka juga yang untung. Pengiktirafan UEC, mereka untung. Pemberian tanah selama 999 tahun, mereka terus mendapat untung.

“Adanya tender terbuka mereka untung. Harga naik mereka untung. Jawatan dalam kabinet mereka untung. Parti lain berpecah mereka juga mendapat,” jelasnya.

Justeru, kata Annuar, pola jumlah pengundian yang diperlihatkan kali ini sebenarnya adalah mengikut tahap kepuasan masing-masing atau kelompok tertentu.-MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.