Categories: Berita Lain

PRK Dun Seri Setia: Beri Sokongan Padu Kepada Calon Pas

PETALING JAYA, 1 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia supaya mengundi calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 8 Sept ini.

Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata PRK Sungai Kandis akan menjadi titik permulaan kerjasama erat antara kedua-dua parti yang mewakili golongan Melayu dan Islam terbesar di Malaysia.

“Kita mulakan dengan pilihan raya kecil di Seri Setia ini dengan memberi sokongan tidak terbelah bagi kepada calon Pas demi memastikan kemenangan kita di kawasan ini,” katanya semasa ceramah umum di Seri Setia, di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon Pas Dr Halimah Ali.

Halimah yang juga bekas ADUN Selat Klang bakal berdepan pertandingan satu lawan satu menentang Halimey dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus, 2 Ogos lepas.

Recent Posts

#Unite4Palestine: Zahid Tegas Tolak Pelan Pengilhakan Tebing Barat Oleh Israel

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas menentang…

16 mins ago

Mesyuarat Khas PRN Sabah Dalam Dua Minggu Lagi – SPR

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri…

32 mins ago

Tuduhan Meminta ‘Habuan’? Mahdzir Tegas Telah Nafikan Dalam Mahkamah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hairan dengan kenyataan…

2 hours ago

Malaysia Punyai Seramai 71,041 Doktor Perubatan – Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Malaysia mempunyai seramai 71,041 doktor perubatan yang berkhidmat di sektor…

3 hours ago

Warisan Tak Nafi Pertumbuhan Ekonomi Sabah Lembab Di Bawah Mereka

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata…

3 hours ago

PRK DUN Slim: Wanita UMNO Sentiasa Siap Siaga – Salina

SLIM RIVER, 4 Ogos – Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Malim, Salina Samsudin berkata Jalinan…

5 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda