Categories: Berita Utama

Dari Salah Titik Perpuluhan, Beralih Silap Istilah Perakaunan Pula!

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang bukan sahaja ‘keliru’ dengan titik perpuluhan, tetapi beralih pula kepada silap pemahaman istilah perakaunan.

Ini jelas kelihatan ujar Najib, apabila Menteri Kewangan tidak memahami bahawa kerajaan menggunakan standard perakaunan tunai terubah (modified cash accounting) dan bukannya standard perakaunan Akruan (accruals accounting standard) sebagaimana digunakan di sektor swasta.

“Di bawah pentadbiran kerajaan, bagi standard perakaunan tunai, kesemua transaksi kewangan dihitung dan direkodkan apabila ada kemasukan atau pengeluaran tunai bagi tempoh kewangan dilaporkan.

“Di bawah standard ini, aset-aset tidak dijadikan modal (assets not capitalised) dan liabiliti-liabiliti tidak dilaporkan di dalam laporan kewangan,” kata Najib dalam satu catatan di facebooknya.

Disebabkan itulah ujar Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, Guan Eng membuat kesimpulan yang salah kononnya kerajaan terdahulu, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah tersalah lapor cukai yang belum dikembalikan sebagai pendapatan dan menuduh kerajaan BN sebagai memalsukan akaun.

“Sebagaimana ‘kekeliruan’ terhadap titik perpuluhan, salah pengertian antara perakaunan tunai dan akruan juga adalah satu kesilapan mudah yang lazim dilakukan sesiapa.

“Bagaimanapun, di bawah inisiatif transformasi sektor awam ketika pentadbiran saya, kerajaan pada masa itu sedang melalui peralihan kepada perakauan akruan pada tahun tahun mendatang,” katanya. – Media UMNO.

Recent Posts

#Unite4Palestine: Zahid Tegas Tolak Pelan Pengilhakan Tebing Barat Oleh Israel

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas menentang…

2 hours ago

Mesyuarat Khas PRN Sabah Dalam Dua Minggu Lagi – SPR

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri…

2 hours ago

Tuduhan Meminta ‘Habuan’? Mahdzir Tegas Telah Nafikan Dalam Mahkamah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hairan dengan kenyataan…

3 hours ago

Malaysia Punyai Seramai 71,041 Doktor Perubatan – Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Malaysia mempunyai seramai 71,041 doktor perubatan yang berkhidmat di sektor…

4 hours ago

Warisan Tak Nafi Pertumbuhan Ekonomi Sabah Lembab Di Bawah Mereka

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata…

5 hours ago

PRK DUN Slim: Wanita UMNO Sentiasa Siap Siaga – Salina

SLIM RIVER, 4 Ogos – Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Malim, Salina Samsudin berkata Jalinan…

6 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda