Salahkan Orang Lain Sebab Gagal, Itulah Kehebatan Kerajaan PH – Azian


KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji manifesto kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 10 Janji 100 Hari menjadi tanda aras betapa kerajaan PH adalah kerajaan ‘kakistocracy’; dipimpin oleh individu-individu yang ‘bobrok’ dan tidak bertanggungjawab, sebagaimana yang pernah dilontarkan oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Bermula memanipulasi hutang negara yang kononnya berjumlah RM1 trilion, sedangkan hakikatnya hanya berjumlah RM686 bilion (50.8 peratus berbanding KDNK negara) sebagaimana jawapan bertulis Menteri Kewangan Lim Guan Eng di dalam Dewan Rakyat, hinggalah kepada tindakan Perdana Menteri serta menteri-menteri kabinet yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dangkal, bercanggah antara satu sama lain dan membuat pusingan U.

Terbaharu, untuk menunjukkan mereka tetap ‘hebat’, PH membuat ‘roadshow’ Jelajah Malaysia Baru, dengan modus operandi dan isi yang sama, memburuk-burukkan BN dengan pelbagai fitnah hingga ke tahap menghina pemimpin-pemimpinnya.

Justeru dengan sinis Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Azian Osman berkata kerajaan PH kononnya merasakan hebat mahu menyelamatkan negara tetapi setiap masa di minda mereka meracuni pemikiran rakyat sejak berada di dalam blok pembangkang, hinggalah kini sudah menjadi kerajaan.

“Kata hebat sangat, nak selamatkan negara konon tapi hari-hari membebel bagi alasan silap orang lama bila tak mampu buat lebih baik dari yang lama.

“’Council of Elders’ pun otak tahun 80-an, cukai purba SST (cukai jualan dan perkhidmatan) masih nak digunapakai,” tegas Azian sebagaimana dalam catatan di laman facebooknya.

Dalam entrinya yang terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur itu berpendirian negara perlu parti yang bijak mengurus, mentadbir serta berpengalaman dan juga mempunyai pembangkang berkaliber.

“Takat ini pada saya BN lebih baik jadi kerajaan dan PH lebih hebat jadi pembangkang. Majoriti pengundi tersilap memilih PH jadi kerajaan,” katanya. – Media UMNO.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit