Kemeriahan Peraih Undi BN Buat Petugas PH ‘Larikan Diri’

SHAH ALAM, 4 Ogos – Kemeriahan peraih undi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis membuatkan peraih undi parti lawan ‘terdiam’ dan akhirnya ‘menghilangkan diri’.

Tinjauan UMNO-Online di hadapan Kolej Islam Sultan Alam Shah mendapati peraih undi BN begitu bersemangat berkempen sambil menyanyikan lagu patriotik ‘Barisan Kita’.

Walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan, para petugas BN tetap setia menjalankan tugas bagi memastikan pengundi-pengundi memilih BN.

Sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran bagi PRK DUN Sungai Kandis dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 51,217 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pusat pengundian yang melibatkan 18 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai akan ditutup pada pukul 5.30 petang

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

Mat Shuhaimi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 serta PRU-14 selepas nama DUN itu ditukar kepada Sungai Kandis susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit