Lokman Noor Adam Calon BN PRK DUN Sg Kandis


SHAH ALAM, 20 Julai – Datuk Lokman Noor Adam dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018 mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik dengan menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan pada usia 18 tahun.

Dengan latar pendidikan Sarjana Pengurusan dan juga Diploma Siyassah Syarriah dan Kepimpinan Islam dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam, beliau pernah dipecat dari UMNO pada tahun 1998 kerana menegur Tun Dr Mahathir.

Lokman adalah seorang pejuang keadilan dan hak asasi mulai detik tersebut yang pernah dilokap sebanyak lapan kali kerana mengepalai siri demonstrasi mempertahankan hak bersuara dan berhimpun serta memperjuangkan pembebasan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Dr Mahathir.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma. – MediaUMNO

BIODATA RINGKAS CALON BN PRK N49 SUNGAI KANDIS
DATO’ LOKMAN NOOR BIN ADAM

Umur: 45 Tahun (Lahir: 1 Januari 1973)
Pendidikan :

1. Master of Management dari Universiti Tun Abdul Razak.

2. Diploma Siyassah Syarriah dan Kepimpinan Islam dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam.

Pengalaman :

1. Mula melibatkan diri dalam arena politik seawal usia lima belas tahun.

2. Ketua Pemuda UMNO Cawangan sejak berumur 18 tahun (1991)

3. Setiausaha Majlis Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, AJK Majlis Pembangunan Luar Bandar dan AJK Majlis Sains dan Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1996-1998).

4. Dipecat dari UMNO tahun 1998 kerana menegur Tun Dr Mahathir dan merupakan seorang pejuang keadilan dan hak asasi mulai detik tersebut. Pernah dilokap sebanyak 8 kali kerana mengepalai siri demonstrasi mempertahankan hak bersuara dan berhimpun serta memperjuangkan pembebasan Dato Sri Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Tun Mahathir.

5. Pada tahun 1998 beliau ditahan dibawah ISA selama 2 bulan, manakala pada tahun 2001-2003 ditahan dibawah ISA selama dua tahun dua bulan.

6. Dilantik sebagai Ketua Pemuda Keadilan Johor yang pertama Tahun 1999 dan dipilih sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan dalam pemilihan pertama parti tersebut.

7. 2004 beliau telah dipecat dari Keadilan kerana telah menegur Ketua Pemuda Keadilan ketika itu, Ezam Md Nor.

8. 2006 menyertai UMNO Bahagian Shah Alam.

9. Exco Pemuda UMNO Shah Alam dan Exco Pemuda UMNO Malaysia (2008-2013).

10. Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN dan UMNO (2009-2013).

11. Panel Pemikir Penjenamaan Semula BTN (2016).

12. Ahli Badan Pemikir Penerangan UMNO Malaysia (2016-2018).

13. Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (2010-2016).

14. Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan Malaysia (2016-2018).

15. Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018.

16. Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2018-2021).

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit