PRK Sg Kandis: Penamaan Calon 21 Julai, Mengundi 4 Ogos
PUTRAJAYA, 9 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PIlihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis, Selangor, pada 4 Ogos depan, kata Timbalan Pengerusinya Tan Sri Othman Mahmood.
Beliau berkata hari penamaan calon adalah pada 21 Julai dan tempoh berkempen 14 hari.
“Daftar pemilih PRK yang akan digunakan untuk PRK ini adalah suku pertama tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 2 Julai 2018. Daftar pemilih tersebut mengandungi 51,230 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada 51,217 orang pengundi biasa dan 13 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Urusan PRK Sungai Kandis di Ibu Pejabat SPR, di sini hari ini.
Katanya tiada pengundi awal bagi PRK Sungai Kandis, manakala urusan permohonan undi pos luar dan dalam negara akan dibuka mulai hari ini dan ditutup pada 21 Julai.
Othman berkata Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.
Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dilantik sebagai pegawai pengurus PRK Sungai Kandis dengan dibantu oleh tiga penolong pegawai pengurus dan 865 orang petugas yang dilantik dalam kalangan orang awam, katanya.
Tambah beliau, PRK Sungai Kandis dianggarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai.
Mat Shuhaimi, 50, yang juga bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya kira-kira 11.10 pagi Isnin lepas akibat kanser limfoma.
Dalam pada itu, Othman berkata SPR melakukan beberapa penambahbaikan dalam PRK kali ini termasuk mewujudkan dua saluran untuk pengundi yang berumur 60 tahun ke atas, dan menambah saluran mengundi di pusat-pusat mengundi yang mempunyai jumlah pemilih yang ramai.

“Sebanyak 21 saluran baharu diwujudkan bagi mengelakkan jumlah pengundi terlalu ramai di satu-satu saluran, menjadikan keseluruhannya 109 saluran berbanding 88 saluran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.
“SPR juga memanjangkan tempoh masa pengundian dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang berbanding 5 petang sebelum ini,” katanya.
Othman berkata penambahbaikan ini berdasarkan maklum balas yang diterima SPR pada PRU14 dan akan diteruskan jika mendapat sambutan positif.
Selain itu pada PRK ini SPR juga menawarkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan atau badan yang memenuhi syarat dan berminat untuk menjalankan pemerhatian ke atas perjalanan proses pilihan raya bermula hari penamaan calon sehingga keputusan PRK diumumkan.
Pada PRU14, Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) bagi penggal ketiga berturut-turut dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon BN, PAS dan PRM.