Rapatkan Saf
KUALA LUMPUR, 1 Julai — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga, kiri) mengangkat tangan bersama Ahli Majlis Tertinggi (MT) selepas sidang media memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi yang baharu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua, kiri), Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kiri), Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) dan Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan).–fotoBERNAMA