Pemuda UMNO Perlu Miliki Semangat Jati Diri – Asyraf Wajdi

PASIR PUTEH, 30 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan setiap anggotanya mempunyai semangat jati diri dan memiliki bakat baharu untuk bangkit semula memperjuangkan nasib bangsa dan agama.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka akan diterapkan dengan nilai-nilai berkerja untuk kepentingan parti tanpa mengharapkan ganjaran wang ringgit.

“Saya akan mendekati mereka dengan bergerak ke seluruh negara dalam tempoh terdekat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh berkata anggota UMNO kini berharap untuk melihat parti itu berubah dan bangkit semula selepas kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit