Faezah Tawar Diri Tanding Naib Ketua Puteri UMNO
SEREMBAN, 9 Jun – Nur Faezah Fazal, Pegawai Khas kepada Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Puteri dalam pemilihan UMNO, 30 Jun ini.
Nur Faezah, 28, berkata beliau harap dapat diberikan kepercayaan daripada anggota untuk mengalas tanggungjawab tersebut.
“Sejak saya bersama UMNO, saya menyedari perjuangan ini bukan perjuangan yang sementara. Perjuangan ini tidak akan memadam setiap keringat bakti yang ditabur susun jalurnya pemimpin terdahulu hingga kini.
“Faktor utama kejayaan adalah restu dan sokongan. Hari ini saya telah mempersiapkan diri bertanding Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini. hari ini.