Perang Mulut Harus Dihentikan, Tak Perlu Tuding Jari Dalam BN – Zahid
KUALA LUMPUR, 3 Jun – ‘Perang mulut’ antara Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong harus dihentikan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, kedua-duanya melontarkan pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi UMNO atau MCA.
“Kedua-dua parti dalam komponen BN masih memerlukan jalinan dalam wadah yang sama. Kekecundangan di banyak kerusi Parlimen dan DUN bagi UMNO dan MCA suatu realiti yang harus diterima sebagai hakikat politik kebencian yang ditanam oleh pihak pesaing di kalangan rakyat.
“Tidak perlu menuding jari antara pemimpin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujarnya, kedua-dua tokoh berkenaan hendaklah bersatu fikiran untuk menggembleng tenaga dalam barisan pembangkang. – MediaUMNO