Hutang Kerajaan… Apa Yang Disembunyikan?

Pertama sekali, hutang negara kita (kerajaan) sentiasa dilaporkan mengikut piawaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) – panduan kepada negara anggota IMF dalam penyebaran statistik negara kepada orang ramai.

Dengan menggunapakai piawaian pelaporan antarabangsa ini, Malaysia melaporkan hutang kerajaan (sekuriti yang diterbitkan oleh kerajaan – bon) dan hutang yang dijamin oleh kerajaan atau lebih dikenali sebagai liabiliti kontingen secara berasingan.

Hutang Kerajaan Malaysia pada 31hb Disember 2017 adalah sebanyak RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka ialah RM238 bilion. Angka-angka ini tersedia kepada umum di laman web Bank Negara.

Di samping itu, kerajaan Pakatan Harapan kini menambah komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan kepada hutang kerajaan dan liabiliti luar jangka berjumlah RM201.4 bilion. Dan itulah sebab bagaimana mereka mencecah ke angka hutang RM1 trilion.

Namun sekarang, jika anda meneliti secara terperinci, mereka (Kerajaan PH) tidak lagi menggunakan hutang RM1 trilion, tetapi hutang dan liabiliti RM1 trilion. Yang mana ini adalah betul dari segi teknikal. Kerajaan Malaysia mempunyai liabiliti lebih daripada RM1 trilion, di mana RM686.8 bilion adalah dalam bentuk sekuriti hutang.

Kerajaan-kerajaan lain di dunia juga menggunakan SDDS dan melaporkan sekuriti hutang tertunggak mereka sebagai hutang negara, tidak termasuk tanggungan luar jangka.

Tiada kerajaan di dunia memasukkan komitmen pajakan dalam laporan hutang negara mereka. Bayaran sewa adalah perbelanjaan barangan, bukan barang hutang.

Jika kita memasukkannya, maka kita harus memasukkan semua perbelanjaan kerajaan seperti gaji pegawai kerajaan, pencen, subsidi dalam angka hutang negara.

Kita sentiasa mengikuti piawaian antarabangsa untuk melaporkan angka hutang negara.

Semua angka tersedia kepada umum di laman web Jabatan Negara, Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Jabatan Audit Negara.

Agensi penarafan, komuniti pelaburan dan institusi kewangan menyedari angka-angka ini kerana ia tidak pernah disembunyikan.

Setiap tahun agensi penarafan mengadakan mesyuarat dengan pegawai EPU dan MOF dan sentiasa dikemas kini mengenai angka tersebut.

Semasa zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, liabiliti luar jangkaan meningkat setiap tahun dan apabila dia bersara pada 2003, terdapat kira-kira RM52.7 bilion liabiliti luar jangkaan dan ia tidak pernah dimasukkan dalam angka hutang negara.

Apabila ekonomi kita berkembang, kerajaan memperolehi lebih banyak pendapatan dan kerajaan menjadi lebih berupaya untuk mengambil lebih banyak hutang.

Negara kita tidak pernah memungkiri mana-mana hutang atau obligasi kita. Ia bukan mengenai jumlah hutang tetapi apa yang kita lakukan dengan hutang dan keupayaan untuk membayar/menjelaskan hutang.

Unit Komunikasi Strategik
Ibu Pejabat UMNO
Kuala Lumpur
2 Jun 2018

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit