Usah “Bail Out” Manifesto Anda Dengan Harta Petronas

Selaku pelajar universiti yang tahu serba sedikit tentang ekonomi, ada beberapa pertanyaan yang terbuku di hati ini.

• Bukankah pertumbuhan ekonomi negara kini adalah 5.9% dari KDNK?

• Bukankah credit rating Moody memberi penarafan A- pada Malaysia? Dengan kata lain, kita tiada masalah dalam pembayaran hutang?

• Bukankah defisit fiskal kita kian menurun kepada 2.8% berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.0%?

Jika jawapannya ada BENAR, untuk apa kita jual sebahagian saham kepunyaan kerajaan kepada negara luar? Ekonomi kita kukuh. Pertumbuhan ekonomi kita baik. Dan kita tidak ada rekod masalah untuk membayar hutang.

Apa yang saya dapat lihat, adakah kerajaan cuba menggunakan alasan kononnya hutang RM 1 trillion, maka terpaksa gadaikan Petronas kepada sesiapa yang kita tidak ketahui?

Dengan penghapusan GST yang membawa pendapatan negara RM 44.3 billion dan kesanggupan kerajaan menanggung hutang PTPTN yg bernilai RM 45 billion menunjukkan sikap kerajaan bahawa hutang kononnya RM 1 trillion itu bukanlah memberi impak pada negara. Jika mereka khuatir tentang hutang, sudah pasti mereka tidak jadikan GST kepada 0% rate.

Penjualan saham sebanyak 25% membawa pendapatan sebanyak RM 200 billion. Cukup untuk merealisasikan menifesto yang telah dijanjikan untuk jangka masa pendek. Bagaimana pula untuk jangka masa panjang? Jual lagi saham Petronas? Berbaloikah menunaikan janji tontonan EPL percuma untuk rakyat dengan menggadaikan petronas?

Apabila pegangan saham petronas berkurangan, maka pendapat untuk negara juga turut berkurangan. Bagaimana Perdana Menteri seterusnya ingin meneruskan pentadbiran? Adakah masa itu Tun M akan “menyelamatkan negara” untuk kali ke 3?

Saya merayu kepada kerajaan PH. Usah bailout menifesto anda dengan harta Petronas.

____

Nabeel Naqie

#DISCLAIMER: Saya (Nabeel Naqie) adalah pelajar dan merupakan pengundi muda PRU 15. Non-partisan terhadap mana-mana kumpulan tertentu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=118616882357265&id=100026268600983

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.