Kembali Kepada Asas Perjuangan UMNO, Kerja Dengan Ikhlas – Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Ahli parti diseru untuk kembali kepada semangat perjuangan UMNO yang asal tanpa mengharapkan wang atau imbuhan sebaliknya bekerja dengan ikhlas demi menghidupkan parti.

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menerusi mesyuarat Cawangan yang sedang berlangsung didapati anggota akar umbi tetap bersemangat.

“Saya mendapat laporan mesyuarat-mesyuarat Cawangan yang berlangsung berjalan lancar, ramai-ramai datang bawa air mineral, ada yang mesyuarat sebelum sahur pun. Inilah semangat perjuangan UMNO asal,” katanya dalam ucapan semasa majlis berbuka puasa bersama-sama ketua-ketua penerangan UMNO, Ahad.

Beliau berharap agar pertemuan yang dibuat ini akan memulakan satu gerakan massa bagi menentukan peluang terbuka luas untuk merapatkan saf.

“Namun saya perlukan dokongan ahli-ahli semua.

“Saya faham apa yang diharapkan oleh anggota akar umbi dan insya-Allah sebagai imam saya tak mahu jemaah saya dibiarkan.

“Saya akan lakukan sesuatu yang terbaik kerana DNA kita bukan pembangkang,” katanya.

Tegasnya, UMNO masih mendapat sokongan kerana jika dilihat dari single parti mempunyai jumlah terbesar iaitu 78 berbanding parti-parti dalam Pakatan Harapan.

“Kita lihat isu demi isu dikalangan mereka dan keadaan mereka sekarang ibarat kera dapat bunga,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.