Khairy Galas Tugas Laksana Cadangan Penambahbaikan UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin telah diberikan tugas oleh parti dalam melaksanakan cadangan serta penambahbaikan UMNO dan BN dalam usaha mengorak langkah ke depan.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini, hari ini.

Khairy ketika mengulas tanggungjawab berkenaan berkata beliau telah diberikan tugas terbabit dalam tempoh sebulan dengan mengemukan cadangan dan sebagainya lagi untuk dibentangkan kelak.

“Saya diberikan tugas oleh Datuk Seri Zahid untuk melaksanakan cadangan-cadangan bagi penstrukturan BN dan UMNO.

“Tempoh yang diberikan adalah sebulan dan dalam tempoh berkenaan kita akan bentangkan opsyen-opsyen dan pilihan kepada parti dari segi ideologi, struktur serta dari segi gerak kerja dan sebagainya lagi,” katanya. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.