Penipuan Berulang vs U-Turn Berulang, Siapa Menang?
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) Pakatan Harapan berjanji, hari ini perintah, esok hapuskan GST, tapi apabila menang Tan Seri Dr Zeti Akhtar Aziz (Majlis Penasihat) memaklumkan perlu lebih dari 100 hari untuk hapuskan GST, manakala Tun Dr Mahathir Mohamed pula menyatakan berhenti kutip GST serta merta yang mana memperlihatkan semua pemimpinnya mengeluarkan kenyataan berbeza, bidas bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Lokman Adam.
Jelasnya, semasa pelaksanaan SST 2014, kutipan yang dibuat ialah RM18 bilion tetapi tahun lepas kutipan dari GST RM44.3 bilion yang mana berbeza RM26.3 bilion sementara hasil minyak 2014 ialah 66 bilion, tetapi pada 2016 berbaki RM30.1 bilion.
“Kita hilang hasil RM35.1 bilion, maknanya GST selamatkan kita bila negara hilang hasil minyak. Itu pun, kita masih tak cukup RM8.8 bilion. Kerajaan PM Najib cuma potong belanja pengurusan RM5.5 bilion, dan baki tak cukup lagi RM3.3 bilion, PM Najib tampung dengan penjimatan yang dibuat melalui rasionalisasi subsidi.”
Katanya, kerajaan ketika itu hentikan subsidi pukal beberapa barangan tertentu dan diganti dengan subsidi bersasar untuk B40.
“Alhamdulillah, PM Najib selamatkan kita dari jadi seperti Saudi, Mesir, Tunisia, Jordan dan negara-negara lain yang menaikkan harga minyak untuk rakyatnya berlipat kali ganda.
“Kita juga terselamat tak jadi macam Brunai yang memotong gaji penjawat awam 20 peratus.
“Di Malaysia, PM Najib apung harga minyak, minyak RON95 dari RM2.30 seliter turun sehingga RM1.60 seliter, malah gaji penjawat awam bukan sekadar tidak dipotong, naik pula dua anak tangga gaji.”
Namun sekarang, tegasnya, apabila Pakatan Harapan menang kerana janji nak hapus GST dan laksana semula SST, mana nak cari duit tampung kehilangan hasil minyak RM35.9 bilion dan mana nak cari duit ganti lebihan GST berbanding SST RM26.3 bilion sedangkan jumlah kehilangan RM62.2 bilion.
“Jawapannya mudah! Mungkir Janji, Buat U-Turn, Ubah ke 0% GST dan akhir sekali bila semua pilihan yang ada tidak boleh tunaikan juga apa yang mereka nyatakan dalam manifesto… Menteri Kewangan yang baru, Joseph Lim Guan Eng kata …pengumuman bahawa GST akan dihapuskan adalah palsu.
“Kepada kerajaan Tun Mahathir DAP, lain kali berfikir sebelum berjanji. Bukan berjanji baru fikir macam mana nak tunaikan, Nasi sudah jadi bubur, terlajak perahu boleh berundur, terlajak janji merana pengundi,” katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini. – MediaUMNO