Pengarah, Jalan Cerita Dan Skrip Sama, Senario Berbeza… Alahaiii!!

Kisahnya sama seperti seorang budak yang baru balik kerja shif malam. Dia ditahan pada jam 2 pagi kerana disyaki sedang khayal. Tetapi masih tidak dapat dibuktikan dakwaan tersebut.

Dibuat pemeriksaan, tapi gagal. Dibuat ‘Urine Test’, pun tidak ditemui tanda – tanda yang dia mengambil bahan terlarang. Maka digeledah seluruh kenderaan, pun tidak ditemui sebarang bukti.

Lalu disuruh bukak bonet kenderaan, dicampak satu bungkus tepung putih. Maka budak itu pun ditahan, dibicara dan didapati bersalah kerana memiliki bahan yang terlarang. Terus dia masuk penjara.

Bila ditanya, siapa punya arahan? Tiada yang mengaku. Malah yang ada kuasa pun beri alasan, dia pun tak tahu. Itu la alasan yang biasa digunakan sebelum ini. Dia tak tahu apa – apa.

Masa dulu pun dia kata bukan dia yang beri arahan, bukan dia yang suruh buat tangkapan. Tapi orang lain yang ambik tindakan. Situasinya sama, cuma senarionya sekarang je yang berbeza.

Yang lain pun berlakon seolah – olah tindakan yang dilakukan itu tidak betul, tidak mengikut undang – undang. Soalnya, kenapa beria – ia? Supaya orang boleh percaya apa yang didakwa sebelum ini?

Supaya mereka semua boleh dilihat suci? Berbaloi ke???

semuthitam80.blogspot.my

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit