Selamat Hari UMNO: Presiden Jemput Ahli Bersama Dalam Majlis Doa Selamat Malam Ini

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menjemput semua ahli-ahli UMNO untuk bersama-sama dalam majlis doa selamat dan bacaan surah Yassin bersempena ulang tahun UMNO ke-72.

Majlis tersebut akan diadakan di Surau Ar-Rahman, PWTC dengan dihadiri oleh para pemimpin parti dan ahli Majlis Tertinggi serta orang ramai.

UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 adalah parti yang menggerakkan semangat nasionalisme Melayu hingga membawa kepada perjuangan kemerdekaan yang menjadi realiti pada tahun 1957.

Berikut adalah aturcara berkaitan:

7.00 malam – Ketibaan tetamu jemputan

7.10 malam – Ketibaan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
(Naib Presiden UMNO)

7.15 malam – Ketibaan YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
(Presiden UMNO)

7.20 malam – Solat Maghrib dipimpin oleh YBhg Mejar Jen Datuk Seri Jamil Khir Baharom
(Pengerusi Biro Agama UMNO)

Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yassin

8.32 malam – Solat Isyak

Majlis Jamuan Makan Malam di Dewan Tun Razak 3, PWTC

Bersurai

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.