ADUN Melaka Adakan Pertemuan Dengan Tok Mat

AYER KEROH, 21 Ogos – Pimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Negeri Melaka hari ini mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan pusat yang diketuai Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perjumpaan tersebut yang berlangsung selama sehari adalah sesi pertemuan pimpinan bahagian bersama Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN.

Selain mesyuarat bersama kepimpinan BN negeri pada awal pagi hari ini, Mohamad dan pimpinan pusat dijangka akan mengadakan pertemuan bersama pimpinan bahagian dalam usaha meninjau secara mendalan perkembangan persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Turut bersama ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan pimpinan ADUN Melaka.

Pada sesi petang Mohamad dijangka akan mengadakan pertemuan bersama pimpinan akar umbi seluruh negeri Melaka dalam usaha melontarkan keyakinan kepada jentera pelbagai peringkat dalam usaha mengadapi PRU ke-15 nanti.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, BN berjaya mengekalkan dan merampas kembali kerusi-kerusi DUN dengan majoriti yang besar sebanyak 21 daripada 28 kerusi. Ini kerana rakyat Melaka dahagakan kestabilan demi kemakmuran. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.