Categories: Berita Lain

Perarakan Kavadi, Chingay Tidak Dibenarkan – Halimah

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi perayaan Thaipusam dan Chingay sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut tahun hadapan adalah tidak dibenarkan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata ini berikutan pada ketika ini, negara berhadapan jangkitan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron.

“Dalam permohonan sempena sambutan Thaipusam, perarakan itu tidak dibenarkan (kerana) kita sedang berhadapan dengan varian (COVID-19) yang baharu.

“…keduanya Chingay, iaitu saya sudah sebut bahawa perarakan bagi sambutan Thaipusam tidak dibenarkan maka sudah tentu apa sahaja perarakan tidak dibenarkan dan itu pun bergantung kepada keputusan tiga jawatankuasa,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Halimah menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) yang ingin tahu sama ada prosedur operasi standard (SOP) bagi Tahun Baharu Cina akan datang membenarkan perarakan Chingay semasa sambutan perayaan itu.

Sementara itu, menjawab soalan asal daripada Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) yang ingin tahu mengenai SOP yang dirangka untuk sambutan Thaipusam pada 18 Jan 2022, Halimah berkata cadangan SOP bagi perayaan itu termasuk sambutan Krismas tahun ini dijangka dibentangkan ke tiga mesyuarat jawatankuasa untuk kelulusan, pada pertengahan Disember ini.

Beliau berkata ia akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik pada 13 Dis ini, kemudian dibawa dalam Mesyuarat Kuartet Menteri pada 14 Dis, sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri, yang dijangka pada 15 Dis.

“Setelah mendapat keputusan mesyuarat, surat makluman kelulusan SOP akan dihantar kepada pemimpin-pemimpin agama dan kenyataan media turut disediakan,” katanya.

Halimah berkata dalam penyediaan SOP perayaan Thaipusam, pihaknya mengadakan sesi libat urus bersama 10 pemimpin agama Hindu dan wakil Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Kesihatan pada 2 Dis lepas.

Sesi libat urus itu, katanya bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai aktiviti dan upacara keagamaan yang sesuai bagi perayaan berkenaan dan melalui sesi libat urus itu, tujuh perkara (atau aktiviti keagamaan) dikenal pasti termasuk pengoperasian gerai jualan namun tertakluk kepada kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan.

Menyentuh mengenai setiap SOP perayaan yang disambut pelbagai kaum di negara ini, Halimah berkata pihaknya mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkaitan dua bulan sebelum tarikh sesuatu perayaan.

“Segala cadangan SOP selepas sesi libat urus akan diangkat ke setiap mesyuarat jawatankuasa yang dinyatakan tadi. Sehubungan itu, tiada masalah dalam penyediaan SOP untuk apa-apa perayaan bagi Keluarga Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

5 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

5 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

6 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

7 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

9 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

10 jam lalu ago