COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Hari Ini – Pasukan Respon Pantas KKM

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Berikut senarai penafian berita tular di sosial media oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

1. Kementerian Kesihatan nafi mengeluarkan sebarang Standard Operasi Prosedur pembelian barangan keperluan harian sepanjang musim COVID-19.

2. Hospital Kluang nafi fasiliti hospital lama digunakan bagi menempatkan pesakit-pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Kluang yang baharu.

3. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor nafi keadaan wabak COVID-19 di Kuala Selangor semakin parah seperti didakwa satu kenyataan yang dikeluarkan di Mukim Tanjong Karang. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.