Ahli Parlimen Gerik Meninggal Dunia
Innalillahiwainnalillahirajiun.
Ahli Parlimen Gerik, YB Dato’ Hasbullah Osman telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 6.45 petang tadi. Difahamkan Allahyarham dalam perjalanan ke Lipis tiba-tiba tidak sedarkan diri dalam kereta. Arwah kemudian dibawa ke sebuah klinik sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raub.
Al Fatihah