Shahaniza Bidas Pas… Kerajaan Pahang Kini Memang Dipimpin Oleh Melayu-Islam

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Kerajan Negeri Pahang hari ini sudah pun dipimpin oleh pemimpin Melayu-Islam, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau membidas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andasura Rabu yang mengatakan bahawa kuasa politik di Pahang perlu dikembalikan kepada orang Melayu-Islam. “Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan seorang pemimpin […]

» Read more

Ahmad Zahid Miliki Rekod Cemerlang Dalam Kerajaan Dan Korporat – Nasrun

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Cadangan yang dibawa oleh 13 Bahagian Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan agar Jabatan Wilayah Persekutuan yang kini terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, diletakkan secara langsung di bawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Muhammad Nasrun Nasaruddin berkata sokongan dan cadangan tersebut […]

» Read more

“Membina Melaka Lestari dan Sejahtera” Manifestasi Sebenar Denyut Nadi Rakyat – Ab Rauf

MELAKA, 24 Julai – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa segala dasar, pelaksanaan dan pencapaian semasa pentadbiran Kerajaan Negeri merupakan manifestasi sebenar kepada komitmen “Membina Melaka Lestari dan Sejahtera” yang menyentuh denyut nadi rakyat serta memperkukuh nilai perpaduan. Dalam ucapan penggulungan sempena Persidangan Kedua, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ke-15 semalam, beliau berkata keupayaan […]

» Read more

Pembangunan Negeri Perlu Dana Sendiri, UMNO Johor Sokong Pulangan Hasil

JOHOR BAHRU, 24 Julai – UMNO Johor menyatakan sokongan penuh terhadap titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang menzahirkan gesaan agar Kerajaan Persekutuan memulangkan sekurang-kurangnya 25 peratus hasil cukai pendapatan yang disumbangkan oleh negeri Johor demi pembangunan negeri itu. Menurut Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah, gesaan tersebut adalah berasaskan keperluan strategik dan bukannya satu desakan kosong, […]

» Read more

Perjuangan Palestin: Majlis Keselamatan PBB Perlu Direformasi – Mohamad

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Malaysia berpandangan bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu direformasikan dengan mengehadkan penggunaan kuasa veto terutamanya dalam isu berkaitan pembunuhan beramai-ramai dan seumpama dengannya. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia sejak awal lagi merupakan sebuah negara yang berprinsip dalam menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. “Tidak ada perkataan sesuai untuk digambarkan […]

» Read more

River Cruise Sungai Linggi Lonjak Eko Pelancongan Melaka, Bantu Ekonomi Nelayan – Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 24 Julai –  Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sedang melaksanakan Pembangunan Eko Pelancongan di Muara Sungai Linggi di Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuala Linggi. Menurut beliau projek ini adalah kesinambungan dari pembangunan Eco […]

» Read more
1 43 44 45 46 47 4,623