Mohd Razlan Nasihat Pas Jangan Perguna Agama Untuk Semua Isu

TAPAH, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menasihatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk tidak mempergunakan agama dalam cubaan menjuarai semua isu. Ini kerana katanya, saranan Abdul Hadi agar haji ditangguhkan demi kemenangan Islam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning ini tidak memberi kesan memandangkan […]

» Read more

PRK: Manifesto Pembangunan Mudah Dilaksana Jika Pilih Calon BN – Ahmad Maslan

TAPAH, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa manifesto calon Barisan Nasional (BN), Ustaz Yusri Bakir untuk membawa agenda pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mudah dilaksanakan sekiranya beliau diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Beliau yang juga Ketua Sekretariat War Room berkata, agenda tersebut akan lebih […]

» Read more

Ahmad Zahid Raikan Aidilfitri Bersama Keluarga Besar MARA

KUALA LUMPUR, 24 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama warga Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam Majlis Serumpun Lebaran MARA 2025 yang berlangsung petang tadi. Majlis yang meriah itu bukan sahaja menyemarakkan semangat Syawal, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan silaturahim dan semangat perjuangan demi masa depan bumiputera. “Majlis ini menjadi ruang […]

» Read more

Lapor SPR Jika Ada Pelanggaran Peraturan Pilihan Raya – Saarani

TAPAH, 24 April – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebarang dakwaan melibatkan pelanggaran peraturan pilihan raya perlu dibuat ke saluran yang betul supaya siasatan dapat […]

» Read more

Pertemuan Zahid-Prabowo Perkukuh Solidariti Serantau

JAKARTA, 24 April – Pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto semalam bukan sekadar urusan diplomatik biasa, tetapi dilihat memperkukuh lagi solidariti serantau dan hubungan persahabatan sedia terjalin antara dua negara. Disambut penuh mesra di Istana Merdeka, Jakarta, Prabowo menerima kehadiran Ahmad Zahid sebagai kawan lama dari masa muda, mencerminkan keakraban […]

» Read more

Faktor Akademik, Agama Dr Yusri Bawa Kelebihan Kepada BN

TAPAH, 23 April – Exco Wanita UMNO Malaysia, Haslinda Salleh menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik sokongan daripada pengundi. Beliau yang juga ADUN Tenang berkata ini kerana faktor akademik serta latar belakang agama sedikit sebanyak memberi impak positif kepada BN dalam mengekalkan penguasaan di kerusi ini. “Kalau kita melihat […]

» Read more

PRK Penentu Masa Hadapan Pembangunan Warga Ayer Kuning

TAPAH, 23 April – Naib Ketua UMNO Bahagian Tapah, Safri Mohamad Salih menyeru pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk menunaikan tanggungjawab pada 26 April ini. Beliau berkata ini kerana ia sebagai penentu kepada pembangunan kawasan untuk manfaat masa hadapan yang lebih baik. “Menyeru semua masyarakat yang di kawasan DUN Ayer Kuning ini untuk keluar beramai-ramai pada tarikh 26 […]

» Read more

Puteri UMNO Kedah Fokus Dekati Wanita Muda, Sampaikan Aspirasi Ustaz Dr Yusri

TAPAH, 23 April – Puteri UMNO Kedah fokus menyantuni pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada kempen saat akhir sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) ini khususnya kelompok wanita muda dalam memperkenal dan menyampaikan aspirasi calon Barisan Nasional (BN) Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir. Ketuanya, Nuraini Yusof berkata pelbagai pendekatan dilakukan mereka namun fokus kepada pertemuan bersemuka. “UMNO Kedah ditugaskan […]

» Read more
1 185 186 187 188 189 4,596