Kunjungan Hormat

PUTRAJAYA 18 Jun–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjung hormat daripada Tuan Yang Terutama Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baru dilantik pada awal Jun lalu.
Sebagai antara kuasa ekonomi utama dunia dan dinamika pentadbiran yang berbeza, keterlibatan diplomatik Malaysia di Amerika Syarikat perlu disusun rapi berteraskan diplomasi pintar dan berpaksikan kepentingan nasional yang holistik.