Mesyuarat Meja Bulat

MOSCOW, 14 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kiri) mengadakan mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri sempena lawatan rasmi empat hari ke Rusia, pada Rabu.
Turut hadir (dari kiri) Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Li Kang.